Rabu, 6 Ogos 2008

MENANGIS TAK BERSEBAB???? ATAU TAK TAHU SEBAB???

Pagi tadi semasa kelas...ticer moody ...sesangat, mangsanya ...nasib baik bukan budak2...sebaliknya kayu yang ticer gunakan utk menunjuk ketika mengajar bacaan..kayu itu tanpa ticer sedari..ticer patah2kan menjadi 4 bahagian...huhuu...sedangkan kayu tu agak keras jugak..cam nelah ticer leh ader kekuatan nak patahkan kayu tu dgn mudah. Budak2 agaknya terkejut dgn tindakan ticer..terdiam sekelas..termasuklah Sasha. Ticer pun perasan selepas mematahkan kayu tersebut...mood ticer berubah..ticer seperti tersedar...mujurlah masa ticer tgh moody tu x der budak jadi mangsa kayu tu...kalau tak...tak taula apa akan jadi...Selepas kejadian mematahkan kayu penunjuk mengajar..ticer cuba perelokkan mood ticer..so far alhamdulillah..ticer boleh kawal dgn meluahkan apa yg ticer rasa tadi dgn pembantu dan salah seorang guru yg agak rapat ngan ticer...
Hari ini 6.Ogos. 2008 ticer buat pemeriksaan bulanan di Klinik Ibu Mengandung di Hospital Limbang... temujanji pukul 2 petang. Macam kebiasaan ticer akan datang awal 10 minit sebelum pukul 2 utk mendapatkan nombor awal..Hari ini dapat nombor 78...tak lama menunggu, lebih kurang 5 minit, ticer dah pun dipangil masuk utk berjumpa jururawat yang bertugas...
Ujian seperti kebiasaan...ujian Hb..jika bulan lepas ujian ini menunjukkan angka 9.7hb..kali ini angkanya berubah...iaitu 9.4hb...tetap dibawah paras normal..malah lihatlah MENURUN LAGIIIII!!!.Ya ALLAH!!!
jururawat menulisnya dgn pen berwarna merah lagi...huhuhu...dah tak tahu apa lagi nak buat utk naikkan hb ticer ne..rasanya makan ubat ikut jadual..susu..cukup..sayur...makan...uwaaaaaaa...
apa lagi yang tak kenanya neeeeeee??????
Timbang berat...berat naik...kepada 63.3kg....urine test...ok....tekanan darah 90/60...hmmm...tinggi rahim 28sm...jantung baby ..150..hmm...tapi masa jururawat check kadar denyutan jantung baby, dia seperti menyembunyikan sesuatu...tetapi entahlah...kali pertama...dia menunjukkan mukanya yg seperti tidak berpuas hati. Ticer disuruhnya menarik nafas panjang beberapa kali..sebelum melakukan sekali lagi tugasnya (mendengar kadar denyutan jantung baby). Soalan ticer kali pertama padanya tidak di jawab..setelah menyoal kali ke tiga baru dia menjawab dgn wajah yg ...entah..susah nak describekan...
Ticer di tanya soalan..makan ubat apa?..berapa kali ambil ubat yg di bagi..apa nama ubat?....dan soalan2 itu ticer rasakan adalah soalan2 yang tak sepatutnya ditanyakan olehnya..sbb kesemua ubat2 yg ticer makan datangnya dari klinik tersebut dan sudah tercatat pada rekod kesihatan ticer...so buat apa nak tanya lagi..baca jelah dr rekod tu....kan????
....ticer jadi bengang...@#$%@
Kebetulan pula dan 2 hari ticer kena sakit tekak ..ada jangkitan tekak..so ticer disuruh berjumpa dgn pembantu perubatan utk mengambil antibiotik...pun x lama menunggu..mujurlah ticer x perlu menunggu lama hari ini..kalau tak entahlaa...mungkin makin moody hari ini.
Balik rumah..ticer tak banyak bercakap..sepuluh ditanya hubby, agaknya hanya sepatah dua jawapan yg ticer berikan..
mOODY lagi!!!...
Sesampainya di rumah..ticer makan tengahhari...pada pukul 3 petang...itupun dgn tak berseleranya, memaksa diri utk menjamah makanan...selepas makan..ticer terus menghubungi emak..kebiasaannya begitulah selepas balik dr pemeriksaan di hospital pasti ticer akan menghubungi mak utk menyampaikan khabar...ketika ini rasa nak menangis dahh...kalaulah emak ada di sisi alangkah bestnyer. Ticer memang sgt rapat dgn mak...ticer jadi sayu bila mendgr suara emak..huhuhu...selepas lebih kurang 17 minit 38 saat bercakap dgn mak..ticer letak talefon dan terus mandi...masa mandi ticer mula menangis...huhuhuu..entah kenapa perasaan nak menangis tu ada sedangkan ticer sendiri tak tahu apa sebabnya perlu menangis...lepas mandi...hubby perasan mata ticer bengkak...dia tanya KENAPA??...
Ticer jawab...tak de sebab...cuma rasa nak menangis..so menangis je lahhh...Hubby tergelak...ADA PULAK MENANGIS TAK BERSEBAB?..Soalan itu ticer biarkan tanpa jawapan...ticer baring...dan sambung menangis tanpa hubby dan Sasha sedari..menangis dalam diam....dan baby terus bergerak2 aktif di dalam ...
Entahlaaa...kenapa ticer menangis...rasa sedih tiba2 datang tak tahu apa punca kesedihan...sehingga sekarang..perasaan sayu masih menebal..dan terasa ingin menangis lagi sehingga kering air mata.....

Ahad, 3 Ogos 2008

Ba Kelalan Sarawak

Hari ini adalah hari ke3 XPDC Ba'kelalan yang suami ticer sertai. Tadi tiba2 hp berbunyi menandakan ader msg ticer yg dah delivered...owhhh...msg pada hubby rupanya. Hp dia ader line...terus ticer col dia...hehehe...seronok sangat...dapat dgr suara hubby ..dia berasa di Indonesia rupanya..kumpulan xpdc mereka sdg buat lawatan ke salah sebuah perkampungan di sana...x sempat nak ckp byk sgt ngan dia...just cakap..I miss u so muchhhh...tanya khabar..dan dia sempat bgtahu dlm sejam lg rombongan mereka akan bertolak semula ke Ba'kelalan dan x de line balik..Sasha pun sempat berckp dgn abahnya..bgtahu babahnya yg dia memang dlm pertandingan semalam...rasanya kurang dr 2 minit..line terputus. Ticer try kol lagi..tp x dapat...huhuu..lega sikit rasa hati..lepas dgr suara hubby..lega dia selamat dan sihat...alhamdulillah.

Sedikit info menarik tentang Ba'Kelalan


Petikan : Berita Harian / 12.06.08 /Hafizah Iszahanid

Pesta Epal setiap Mac dan Jun di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan tarikan istimewa pengunjung SUHU siang hari 25°C hingga 32°C manakala malam 15°C menjadikan Kampung Buduk Nur di Ba Kelalan, Lawas Sarawak memiliki keistimewaan. Kampung paling hujung di utara Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia itu adalah lokasi 10 hektar ladang epal berjenama 'Ba Kelalan'. Mungkin anda tidak pernah terfikir, epal boleh ditanam secara komersial di Malaysia. Bagaimanapun di Buduk Nur, epal bukan saja menjadi ikon baru pelancongannya tetapi juga lambang kerjasama sekampung.Sewaktu kumpulan media bertandang ke Buduk Nur, kami bukan saja disambut pemilik kebun epal, Tagal Paran, 74, dan ahli keluarganya malah penduduk kampung dan wakil rakyatnya Nelson Balang Rining yang menyambut dengan tarian selamat datang. Buduk Nur adalah satu daripada sembilan kampung di Ba Kelalan. Majoriti penduduknya suku kaum Lun Bawang (atau bermaksud Orang Gunung). Kedudukannya yang 2,900 kaki dari aras laut ditambah bentuk muka bumi bergunung ganang dan tanah tinggi berbalam, menjadikan cuaca Ba Kelalan sejuk dan sesuai untuk tanaman seperti epal, oren, avocado dan markisa. Walaupun jauh dari Kuching, Ba Kelalan dihubungi dengan penerbangan terus dari Miri ke Ba Kelalan menggunakan pesawat kecil ‘twin otter’ yang mengambil masa kurang 50 minit. Manakala dari Lawas, memandu ke Ba Kelalan sebaiknya menggunakan pacuan empat roda dan mengambil masa sekitar lima jam (bagi penduduk tempatan).EPAL Ba Kelalan dijual RM10 sekilogram di ladang.

Kampung Buduk Nur, Ba'Kelalan
Ladang epal milik Pak Tagal terletak di hujung landasan kapal terbang. Justeru awal-awal lagi kami sudah diingatkan perlu memanjat tangga untuk sampai ke sana. Ba Kelalan memang terkenal dengan pelancongan berasaskan alam semula jadi dan cabaran. Justeru, memanjat tangga bukanlah terlalu sukar. Apatah lagi wartawan yang mengikuti rombongan anjuran Tourism Malaysia dan Borneo Jungle Safari itu ketika itu sudah bermandi peluh dan hujan dalam aktiviti merentas hutan sebelum ke ladang epal. Selain kedudukan ladang epal yang sedikit tinggi dari kawasan lain di Buduk Nur, ia juga turut bersempadan dengan sawah padi, antara punca rezeki utama penduduk di sini.
Dari jauh kelihatan pokok epal ditanam berbaris dan tumbuh dengan ketinggian di paras bahu lelaki dewasa. Bagaimanapun, mungkin waktu kami tiba di Ba Kelalan bukanlah masa yang baik. Selain buah epal yang sudah hampir habis dipetik dari ladang atas faktor kualiti dan tujuan komersial, hujan juga turun renyai. Mujur juga hujan tidak lebat membolehkan kami ‘berpesta epal’. Ada kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ. Manakala ada empat jenis epal dikeluarkan, epal merah yang dikenali sebagai ‘Rome Beauty’ epal kuning kehijauan ‘Mana Lagi’, epal hijau ‘Granny Smith’ dan sejenis lagi epal merah dikenali sebagai ‘Anna’. Antara empat jenis itu, Rome Beauty boleh dikatakan agak lasak. Walaupun digolongkan sebagai epal merah, ia tidak merah sepenuhnya tetapi bercampur hijau. Apatah lagi saiznya lebih besar berbanding yang lain, ia lebih menjadi pilihan di kalangan pelancong yang membelinya sebagai buah tangan. Walaupun sedikit masam, tetapi Rome Beauty rangup berbanding Anna sejenis lagi epal merah yang bersaiz kecil dan sangat lembut seperti sutera. Anna bagaimanapun dipasarkan di bandar terdekat saja kerana ia mudah lebam jika dibiarkan terlalu lama selepas dipetik. Manakala epal jenis Granny Smith adalah kacukan benih dari Australia yang dibawa balik bakanya oleh seorang daripada lima anak Pak Tagal, Mendiang Dr Judson Sakai Tagal, bekas Menteri Muda Pembangunan, Infrastuktur dan Komunikasi Sarawak yang terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2004.

Antara empat jenis yang ditanam, epal Mana Lagi cukup menarik perhatian. Kata Pak Tagal, benih asal Mana Lagi dibawa dari Batu Malang di Indonesia sebelum dikacukkan dengan benih epal lain. Warnanya kuning kehijauan dan baunya harum jika sudah cukup tua. Kata Pak Tagal, ada cerita tersendiri di balik nama Mana Lagi. Kononnya, di Batu Malang seorang pelancong menyukai keenakan dan kerapuhan epal Mana Lagi dan bertanya mana lagi? mana lagi? dan akhirnya nama itu melekat. Satu ketika dulu, ladang itu ditanam dengan lapan jenis epal. Bagaimanapun, atas faktor kualiti, ia dihadkan kepada empat jenis saja. “Epal yang ditanam sekarang yang terbaik dari lapan jenis. Dulu kami berhadapan dengan masalah buah epal yang cepat buruk dan lebam dan sukar dipasarkan,” katanya. Epal Ba Kelalan kata Pak Tagal, akan dipetik dua kali setahun iaitu Mac dan Jun. Memetik epal bukan hanya kerja keluarga dan pekerja saja, tetapi bagaikan pesta untuk seluruh penduduk Kampung Buduk Nur. Malah sesekali acara itu disertai pelancong tempatan dan turut menjadi tumpuan segelintir pelancong Eropah.

Biasanya sepohon pokok epal mengeluarkan hampir 300 biji. Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal. Bagaimanapun jumlah itu tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan. Selain dijual di sekitar kampung, epal Ba Kelalan turut dijual di Lawas, Limbang dan Kota Kinabalu. Kata Pak Tagal, jumlah itu belum ditolak epal yang kurang kualitinya dari segi saiz dan bentuk Epal begitu tidak akan dipasarkan sebaliknya dijadikan jus dan jem. Menyedari Buduk Nur semakin dikenali sebagai lokasi tanaman epal di Malaysia, ia menerima makin ramai pelancong setiap tahun. Justeru bagi memastikan epal sentiasa ada di Ba Kelalan dan pelancong boleh datang dan memetiknya di luar musim, Pak Tagal dan Mutang sedang berusaha untuk menambahkan keluasan ladang.
Begitupun usaha itu kata Mutang, mungkin sukar kerana masalah kekurangan pekerja. Kebanyakan anak muda di Buduk Nur lebih berminat bekerja sendiri atau berhijrah ke bandar berhampiran seperti Lawas selain bekerja di Brunei dan Kuala Lumpur. Selain itu, kebanyakan warga Ba Kelalan lebih tertumpu pada penanaman padi. Beras di Ba Kelalan adalah beras berkualiti yang cukup terkenal dengan nama Beras Bario. Ketika ini Pak Tagal mengusahakan ladang epal dengan bantuan Mutang dan beberapa pekerja mahir yang dibawa dari Indonesia. “Untuk mendapatkan hasil yang baik, masa penanaman epal itu penting. Penghasilan epal juga bergantung pada cuaca.
Walaupun epal mungkin hanya boleh ditanam di kawasan suhu tertentu tetapi ia masih memerlukan matahari. Jika kerap hujan, sukar untuk pokok menghasilkan banyak buah. Tetapi kalau hujan sedikit, pokok dapat dipangkas dan buah lebih banyak,” katanya. Kata Pak Tagal, kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja. Info Jika anda berminat menyertai Pesta Epal Ba Kelalan Jun ini, Penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan twin otter terus dari Miri ke Ba Kelalan setiap hari Rabu manakala pakej percutian Pesta Epal Ba Kelalan ada disediakan oleh Borneo Jungle Safari di talian 03-22604981 (Kuala Lumpur) atau 08-5435736/08-419737 (Miri). Benih Mana Lagi dibawa dari Indonesia SEJARAH tanaman epal di Ba kelalan bermula ketika Andrew Balang Paran, 71, menyertai majlis keagamaan di Batu Malang, Indonesia pada 1974. Kata Andrew, dia teruja melihat kebanyakan penduduk di Batu Malang ketika itu menanam pokok epal di tepi rumah mereka seperti menanam pokok betik. “Ia kelihatan sangat mudah dan pokok epal itu sangat subur,” katanya.

Terlintas di hati Andrew untuk membawa balik benih epal berkenaan dan menanamnya di kampung halamannya, Buduk Nur, Ba Kelalan, Lawas kerana cuacanya yang hampir sama. Andrew tidak perlu membeli benih epal Mana Lagi yang dibawanya dari Batu Malang. Sebaliknya ia diberi percuma oleh rakan-rakannya di Batu Malang. Selepas mendapat kelulusan Jabatan Pertanian Indonesia, Andrew membawa balik 20 anak benih epal menerusi Singapura sebelum tiba di Kuching dan akhirnya sampai di Buduk Nur. “Perjalanannya sangat jauh tetapi dalam hati saya sentiasa ingin mencuba menanam epal dan melihat hasilnya,” katanya yang ditemui ketika Pesta Epal Ba Kelalan, baru-baru ini. Andrew berkata, ketika di lapangan terbang, seorang pegawai kastam dengan sinis bertanya: Bolehkah pokok epal di tanam di sini?

Beliau ketika itu hanya menjawab akan mencubanya. Setahun selepas ditanam, walaupun pokok epal itu tumbuh subur dan membesar, ia tidak berbuah. “Saya hampir putus asa dan meminta pertolongan daripada Jabatan Pertanian,” katanya. Ketika itu Jabatan Pertanian banyak memberi bantuan seperti baja dan mengacukkannya dengan epal jenis lain. Bagaimanapun, tiga tahun menanti pokok epalnya masih tidak berbuah. Andrew akhirnya putus asa dan tidak mahu menjaganya. Deretan pokok epal yang hidup subur tetapi tidak berbuah itu diserahkan pada abangnya Tagal Paran pada 1977. “Waktu itu saya sudah tidak mahu jaga lagi dan serahkan pada abang. Saya katakan padanya buatlah apa saja dengan pokok itu. Kalau pokok epal itu berbuah di bawah jagaannya, itu rezeki dialah,” katanya. Di tangan abangnya Tagal Paran, kebun epal yang asalnya hanya ditanam dengan 20 batang pokok itu diluaskan. Banyak baka epal dari luar negara selain Indonesia dibawa masuk. Malah, Andrew dan mendiang anak saudaranya, Datuk Dr Judson Sakai Tagal turut ke Australia dan Indonesia untuk membeli benih pokok epal. Setahun selepas diserahkan kepada abangnya, pokok epal itu mula berputik dan berbuah. Andrew menyifatkan dirinya masih bertuah walaupun pokok epal itu bukan lagi di bawah jagaannya tetapi dia masih berpeluang melihat ladang itu berkembang dan hari ini menjadi ikon pelancongan di Ba Kelalan.
Info Epal Ba Kelalan*Ladang epal Ba Kelalan terletak di Kampung Buduk Nur, Lawas, Sarawak*Ladang berkeluasan 10 hektar itu dimiliki oleh Tagal Paran.*Suhu di Buduk Nur adalah, 25°C hingga 32°C (pada siang hari) manakala malam 15°C.*Terdapat kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ.*Ada empat jenis epal yang ditanam, 'Rome Beauty', 'Mana Lagi', 'Granny Smith' dan 'Anna'.*Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal*Kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja.

Sabtu, 2 Ogos 2008

LEGA...letih....RINDUUUUUU!!!!!!


LEGA!!!!!!!!!~

Alhamdulillah, selesai sudah Karnival PRA sekolah peringkat daerah. Anak2 didik ticer menjadi JUARa/JOHAn bagi penyertaan dalam Pertandingan Nyanyian dan Gerakan...memang rasa cukup puas...tapi letihnya teramat sangat..ticer sampai rumah hampir pukul 8 malam setelah berada di Dewan Suarah Limbang sejak pukul 7.30 pagi...ini gambar2 yg ticer sempat amik..ticer memang x berkesempatan utk ambil gambar sepanjang pertandingan sebsb kesibukan dgn melayan karenah anak2 ini.. nanti bila dah dapat gambar2 yg cantik dr cikgu yg memang ticer tugaskan utk amik gambar tu..ticer akan uploadkan di sini. Tapi..utk sekarang..inilah rupa anak2 yang ticer latih selama 2 bulan ini dan merekalah Juara Pertandingan Nyanyian dan Gerakan Peringkat Daerah Limbang dan akan mewakili Daerah ke peringkat bahagian yg akan diadakan pada 9hb Ogos 2008/Sabtu depan ini nanti.







~LETIHHHHHHHH!!!!~

Letih memang x leh nak bayangkan..kaki sangat sakit, perut ne pun rasa mengeras jer...pinggang apatah lagi..sakit sangatttttt...NAk nAnesssss....waaaaaa...




RINDUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!
Dahla abang x der kat rumah sekarang..dia pergi Ekspidisi Bakelalan selama 4 hari bermula semalam..aduhhh sedihnya rasa.....kalau abang ada tentu abang dah tolong picitkan kaki dan badan..tentu abang dah sediakan susu panas selepas Mel mandi...dan segelas lagi susu sebelum tidur..tapi bila abang tiada terasa sangat sunyinya....

Mel rindu abanggg....uwaaaaaa.

Rindu akan terubat sikit bila dapat mendengar suara abang...tapi...di Bakelalan mana ada line telefon...uwaaaa....4 hari x mendengar suara abang...teruklaaa macam nee...huhuuhuu...nak nanessssss nee...

Selasa, 29 Julai 2008

Minggu ke 24...6 bulan..

Assalamualaikum..wr..wbt..


Salam rindu kat semua teman2 yang masih setia mengunjungi rumah ticer ne. Maafla, tuan rumah lama pulak menyepikan diri.... dalam keadaan sekarang memang macam2 hal yang berlaku dan kekadang diluar jangkauan dan kehendak...namun semua itu sudah takdir dan di tentukan olehNya..ticer redha dan terima dgn sabar...Insyaallah.


Ke mana ticer lama menghilangkan diri?..hmm...bukan menghilangkan diri, lebih tepat jika ticer gunakan perkataan menyepikan diri dr mem'blogging'..hahaha..dah buat pemcemaran bahasa pulak dah guru bahasa ne.. tapi tak mengapakan..boleh dimaafkan.


Ticer tak ke mana pun..masih bekerja di sekolah yang sama dan melakukan aktiviti harian macam kebiasaan..cuma adalah sedikit perubahan..mungkin agak banyak jugalah...


Sekarang kandungan ticer 24 minggu atau masuk bulan ke6 dah..dengan berat 62 kg..hehehe..sebelum pregnant berat ticer 49kg..ertinya dah berlaku pertambahan berat sebanyak 13 kg.. WOWWW!!!!...banyak nyerr...hehehe..tapi nak buat cam mana..pertambahan ini perlu..wajib..kekeke...


Masa bulan kelima yang lalu..ticer di masukkan ke hospital sebanyak 2 kali..hehehe..mula2 duduk 4 hari 3 malam...lepas tu berselang seminggu..masuk lagi 3 hari 2 malam...semuanya gara2 asthma, demam, kurang air dan kurang darah..hehehe..nasiblaa..x der kes yang berat sgt...kes2 normal bg ibu2 mengandung.


Alhamdulillah, skrg ini kesihatan ticer agak stabil...Ticer sebenarnya tiada cerita menarik yang nak dikongsikan...cuma selama ini sebenarnya dalam keadaan mengandung ticer sibuk sebenarnya melatih anak2 pra untuk pertandingan Nyanyian & Gerakan yang akan dipertandingkan pada Sabtu ini(2.ogos.2008) iaitu di peringkat Daerah Limbang. Sebanyak 18 pasukan dari seluruh Pra sekolah di daerah Limbang yang menghantar penyertaan utk pertandingan tersebut. Yang bestnyer..doter kesayangan ticer pun ikut bertanding dalam pertandingan tersebut. Tambahan pula sekolah ticer merupakan pengerusi teknik dan penyelaras pertandingan bagi pertandingan tersebut.... jadi agak bzlah 2 minggu ini dgn segala persiapan. My doter tu...Sasha memang gemar menyanyi dan menari..so, bolehla lihat bakatnya dalam bidang ini..Isnin tadi telah diadakan rehershal..anak2 seramai 10 orang ini mempersembahkan tarian dan nyanyian mereka di hadapan seluruh warga SK Menuang.


Awesome! Very Good!Excellent!...

adalah antara perkataan yang terkeluar dr mulut Gurubesar setelah selesai persembahan mereka...lega hati ticer mendengar kata2nya itu. Apa tidaknya dan hampir 2 bulan ticer melatih budak2 ini..nampak gayanya ada peluang untuk menang...hehehe..tingginya harapan ticer ne.. doakan la yer.. sempat juga Gb berbisik pada ticer...'Like mother like doter'...hehehe..yelah, Sasha memang agak menonjol dari segi lenggok tarinya, memang budak ne x segan silu menari di khalayak ramai...


Hmm...rasanya setakat ini itu jer aktiviti menarik yg nak ticer kongsikan dengan teman2 yang ada. Nanti selepas pertandingan Insyaallah ticer akan uploadkan gambar2 dan cerita tentang pertandingan itu nanti...


Buat tatapan kawan2 inilah antara rupa ticer yang telah naik badan

13 kg...muahahaha...



Sabtu, 24 Mei 2008

AKTIVITI SEPANJANG MEI...2008


Kebelakangan ini, Lyea memang sibuk..antara aktiviti yang berlaku..

15 Mei. 2008
~ PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH~







Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi pra sekolah.. penganjurnya ialah Pra sekolah...dan para peserta terdiri dari kalangan pelajarnya.. ia bertujuan utk memilih bakat2 muda ini dalam pertandingan peringkat bahagian Limbang yang akan di adakan pada Jun nanti. Alhamdulillah, program ini berjalan lancar. Ibu bapa datang untuk memberi sokongan moral kepada anak masing2..memang meriah...Hadiah di sampaikan oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KK...Guru Besar dtg pada awal pagi utk memberi ucapan dan semasa penutupan dia tak de pulak sebab dia kena hadir mesyurat di pejabat...tapi..Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn jayanya...


16 Mei.2008 ..

~SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH~








Seperti kebiasaaan tarikh keramat ini di sambut di seluruh sekolah. Sambutan di sekolah Lyea kali ini agak berbeza dari tahun2 sudah..bukan beza dari segi aktivitinya, tetapi berbeza sebab ader stage baru..dengan guru2 baru dan tahun ini Lyea menyambutnya bersama baby baru..hehehe...aktivitinyan mcm biasa juga..ada persembahan nyanyian murid, sajak murid..guru2 menyanyi..bersajak dan last sekali pertukaran hadiah di antara guru...suasana sebak bila ada di kalangan guru yg tidak hadir pada pagi itu..Puan Hanifa..Penolong Kanan 1 yang terlantar di hospital kerana kerosakan hati dan ketumbuhan di dalam perut..semoga beliau tetap kuat menghadapi dugaan ini.







22. Mei 2008
~PERLAWANAN BOLA SEPAK PRASEKOLAH~













Ini pun acara tahunan pra sekolah..tujuannya untuk menjalunkan kemesraan di kalangan murid2 dan juga riadhah yang menyihatkan tubuh badan..masa ne lah nak tgk anak2 beraksi di padang...ada yg boleh bekerja sama dlm pasukan dan ada yg tak tahu lagi nak bermain secara berkumpulan..dan yang palaing seronoknya bila anak2 ini belum memahami betul2 arahan wisel...dah keluar padang pun mereka masih gak nak menendang dan megejar bola..sampaikan pengadil terpaksa memegang bola dan membawa masuk semula ke tengah padang. Keseronokkan ini dikongsikan oleh semua ibu bapa yg hadir pada hari tersebut..malah ada seorang Nazir yang dari Putrajaya datang menonton sama perlawanan sehingga ke akhirnya...Lyea ..lupa diri sekejap..apa taknya..bila anak2 kelas Lyea berlari membawa bola ke gawang gol sendiri Lyea pun turut berlari dan terjerit2 macam budak2..kekeke..mujurlah bola tu x masuk..keputusannya...budak2 Lyea yang memenangi perlawanan pada hari tersebut...dan salah seorang murid Lyea (Jacob) terpilih sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak..


23 Mei 2008

~ HARI SUKANEKA GURU~

..bersempena perayaan hari guru..


Untuk aktiviti ini Lyea tidak terlibat memandangkan keadaan Lyea...bukan Lyea jer..ader 4 org lagi guru yg tidak terlibat dgn aktiviti permainan ini disebabkan masalah kesihatan... tapi Lyea sibuk uruskan beberapa dokumen penting ...alhamdulillah..sempat gak nak siapkan kesemua dokumen2 yang Lyea perlukan.. kalau benar itu rezeki Lyea insyaallah...Lyea akan menamatkan tugas di sekolah ini dalam masa terdekat..tapi semua itu masih dlm pertimbangan dan pemikiran Lyea lagi..sayang jugak nak lepaskan peluang keemasan begini...peluang apa??..hehehe..nantilah Lyea ceritakan apa yg Lyea maksudkan ini..bila Lyea dah buat keputusanya nanti..sekarang ne masih dalam proses...doakan yer..Lyea dimurahkan rezeki dan sihat selalu..


24 Mei 2008

~PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK~

**PiC** semasa latihan dan di belakang pentas...Cikgu Robert sempat melelapkan mata sambil memeluk gitarnya sebelum keluar pentas...sebenarnya gementar la tuu..hehehe


Sepanjang minggu 20 hingga 23 Mei...selepas tamat sesi persekolahan 7 pagi hingga 1.10 petang...pada sebelah petangnya iaitu dari pukul 2 hinggalah ke 5 petang....Lyea berada pula di Pusat Kegiatan Guru bersama ahli kumpulan Lyea...Kumpulan Lantera...iaitu kumpulan lagu2 puisi yg terdiri daripada warga pendidik Limbang...berkumpul untuk mengadakan latihan nyanyian lagu2 puisi...walaupun kepenatan..terpaksa juga dihadiri memandangkan persembahan kali ini melibatkan menteri..YAB Haji Awang Tengah..Menteri Muda Sarawak. Pagi tadi dah selesai persembahan...lega..3 lagu..iaitu lagu Buat Anak Dunia(Lagu Ruhil)..Namamu dan Lantera (Lagu ciptaan ahli kumpulan kami)...sebelum keluar pentas tu gementar jugak sbb ader menteri yang duduk betul2 di depan pentas..yelah..dah lama x perform di depan VVIP..mahu 3 kali jugak ke tandas sblm persembahan kumpulan kami..alhamdulillah...persembahan berjalan dgn jayanya dan mendapat tepukan gemuruh dr penonton yg hadir...


25 Mei.2008
~yahuuuuu...DAH CUTI...BOLEH BALIK KAMPUNG
~






Khamis, 8 Mei 2008

Bila Anak-anak PRA ku Bermain Bolasepak...


Hari ini..hari latihan bola sepak lagi...2 minggu lagi akan diadakan Pertandingan Bolasepak PRAsekolah...Selasa lepas dah ajar cara2 nak sepak bola...hari ini...ajar mereka bawak bola sambil lari pulak...tapi...hermmm...x macam berlari punn..kalau berlari bola lak tercicir...keh keh keh...Lyea dan pembantu tergelak sakan melihat gelagat derang ne dgn aksi menendang yg pelbagai...


Mula-mula 15 orang murid ne dibahagikan kepada 2 kumpulan..8 orang di handle oleh pembantu Lyea..dan 7 orang dibawah pemerhatian Lyea..2 orang murid tak datang hari ini..ntah naper..mungkin nak mengelak dari main bola agaknya...


Bila di suruh menendang bola dengan kuat...bukan main jauh lagi berlari nak menendang bola..tapi bila dah tendang ...satu meter jer bola tu bergerak..adehhhh...cam ner nak menang nehh...sakit paler memikirkan kanak2 nehh...
Apa pun mereka seronok..

Bila dan 15 minit melakukan pemanasan dan latihan menendang2 bola...mereka disuruh bermain ..berlawan..adeiiii....kalau beginilah cara derang main Khamis nanti...ader penonton yg gelak pecah perut nanti..bukannya main bola..tapi main ragbi gayanya...keh keh keh...berkumpul..serang bola...dah sampai depan pintu gol pun hancusss...skitle yg digunakan sgb tiang gol pun hilang entah ke mana derang tendang sekali..sapa keeper pun dah tak tau...aduhhhh....sib baik ader wisel..kalau tak pecah anak tekak ne nak menjerit ngan derang soh berenti...adeiiiiii....

Pic bawah ...di saat anak2 ini menyerbu bola...hampir2 melanggar Pn Salmah(pembantu PRA B) dan Cik Mas (pembantu PRA A..kelas Lyea)..terlatah2 Pn Salmah dikerjakan oleh budak2 nehh...


Tapi apa pun gaya permainan mereka..janji mereka seronok sebab objektif utama permainan ini diadakan ialah utk kecergasan dan semangat berpasukan...dan yg paling penting keseronokkan kanak2 ini bersama rakan2 mereka...
Letih..memang letih gilerr...main selama 45 minit dah buat Lyea kehabisan tenaga..
Bila balik ke kelas beginilah gaya anak2 ini pulak...semua baring kepenatan...


Gelagat Sasha dan Firas ...kepenatan....

Aksi 3 sekawan..yg kepenatan..derangla yg paling kuat mengejar bola....Aldrich..Brendan dan Damel...

Rabu, 7 Mei 2008

CATATAN LEWAT MALAM...pagi dah nehh..

Pic* Aktiviti mewarna...latihan utk pertandingan minggu hadapan...





Mlm ini Lyea berjaga pulak..adehh..aper taknyer..petang tadi mabok pengsan tido dr pukul 5.30 kot...sampailaa pukul 11 mlm..baru tersedar.. itu pun tersedar sebab perut lapar..baby kat dalam dan mengamok kelaparan kot..tu yg dia soh mamanya bangun makan....adehhhhh...
pasal per ehh...

Pagi tadi Lyea bawak budak2 practise sepak bola..sbb 2 minggu lagi nak diadakan pertandingan bolasepak Pra sekolah...adehhh....budak2 nehh mana reti menyepak bola...sepak bola pon mcm x sepak jer...ader yg main kuis ngan ujung kaki..ader yang macam golek bola jerk...malah ader yg terlangkop terduduk atas bola...mau senak perut tergelak ngan karenah bebudak neh...cikgu dier lak berfeluh2 dan sakit pinggang...adehhh...(ticer luper diri lak pagi tadi..) bila terasa sakit baru berenti....(aper taknyer..dah berapa bulan dah x sepak bola nehh..selalunyer leh la jugak keluarkan peluh main futsal ptg2...skrg ne mana boleh...kan..kan.kannn..)Main dalam lebih kurang 45 minit jer...bila balik kelas..semua terbungkang..mengadu sakit kaki...adehhh....belum main betul2 lagi tuhh..baru belajar sepak...


Pic* Sesi melukis...selepas makan..

Hari ini memang penat sungguh melayani karenah derang nehh..makin hari makin nakal..makin aktif...dahla dgn keadaan cikgunyer yg x secergas 3 bulan lalu nehh...huhuhu...bila budak2 keluar jam 11.15 pagi tadi...ticer sempat lentok paler kat meja...keletihan...adehhhh...x larat sehhh...nak bum bum x leh la pulak sbb pukul 1210 ader kelas lagi..adeiii...budak2 selesai kelas ngan ticer jam 1250...derang kena denda 10 minit lambat balik sbb masuk pun lambat...hmm..padan muka..org soh dtg kelas belajar..derang lambat2 lak....*masa itu amat berharga utk utk sesaat ilmu...so nak masuk kelas ticer tak leh lambat-lambat...*

Balik jer budak2 tuh...sambung lak ngan kerja2 penyemakan buku...kemudian buat pembungkusan hadiah utk pertandingan Mewarna minggu hadapan...waa.....sempat lagi landing atas lantai....sakit belakang sehhh.....sib baiklaa..*KELASKU OPISKU*..tak sapa leh marah or ganggu...hehehe...kalau kat bilik guru tentu x leh nak landing2 cegini....

Balik2 umah dalam kol 3 lebih..sampai umah kol 4 lebih...lepas mandi..makan..minum...landing pulak elok2 atas tilam..pasang aircond....waaaa......hilang terus...tu yg terlajak sampai kol 11 mlm...adehhh...x boleh jadi cam nehh...(bukan mama jer ...dgn doternya si Sasha pun ikut sekali..heheheh)..

Bangun..kelaparan..mandi dulu..badan rasa panas..lepas tu g makan...sib baik hb ader belikan me kolo..makanlaa aper yg ada....lepas lepak depan tv jap nengok channel E!..masuk bilik bukak buku report..buat report..sesambil godek2 laptop..hehehe..sempat lagi...

Oklah..panjang lak celoteh ticer nehh..report x siap lagi nehh...adeiii..ader sikit lagi...

Setakat ne dulu ehh...daaaaa.....(sambung wat report)...

glitter-graphics.com

Tinggalkan pesanan anda di sini...