Selasa, 7 September 2010

Fikir! Fikir! Watak apakah kita sebenarnya??..United States of Tara

Pernahkan anda merasakan yang kita ini dilahirkan dengan pelbagai watak dan personaliti yang berbeza? Ingatkan kita dengan watak2 yang pernah kita ada sejak kecil sehinggalah umur yang kita ada sekarang...Pernahkah kita mengira, sudah berapa banyak watak yang kita mainkan sepanjang kehidupan kita. Adakah kita suka pada watak2 yang kita pernah mainkan tersebut...?
Selesakah kita ?

Ada tikanya kita menjadi wanita yang sangat kuat, tabah ..sepertinya tiada apa yang mampu mengganggu atau menyusahkan hidup kita.

Ada tikanya watak tersebut berubah menjadi wanita yang terlalu lemah..sensitif dan sangat terganggu hinggakan kesedihan dan air mata menjadi teman paling setia.

Ada tikanya wujud watak seorang 'thinker'..Adakah semuanya menjadi rumit?..complicated?..hidup menjadi sangat sukar? kerana setiap yang ingin dilakukan akan dijadikan bahan debat, bahan kajian, bahan telagahan pendapat...

Pagi ini aku agak terganggu setelah menonton 'UNITED STATES OF TARA' yang ditayangkan di HBO...terlalu mendalam kesan cerita ini pada diriku..( sesiapa pun patut menontonnya)

Terfikir aku...adakah begini kehidupanku sebelum ini...kehidupan semua kita?..bukan aku sahaja..KAMU!!! jua harus memikirkannya...

Cuba nilai balik diri kita..apa yang telah kita lakukan utk diri kita? untuk keluarga kita?..untuk rakan-rakan kita? untuk orang -orang yang pernah mengenali kita? untuk sesiapa saja yang pernah mengenali diri kita?..

Sebenarnya ada banyak persoalan dalam kepala ini yang tak mampu diluahkan ..semuanya hanya mampu berlegar di kepala..dan semakin dirasakan semakin menyesakkan..fuhhhh!!! kenapa harus terlalu memikirkan?..keran terlalu mendalami diri kita..kekadang membuatkan kita hampir2 tidak mengenali diri sendiri..kenapa?.kerana setiap yang difikirkan menjadi kalut dan buntu!

Jadi mungkin inilah puncanya terdapat kepelbagaian watak dalam diri kita?..watak2 yang diperlukan utk menaturalkan semula diri kita..supa kita tidak menjadi terlalu tertekan..supaya kita mampu untuk mengekalkan kewarasan diri kita dalam menangani apa jua permasalahan dalam kehidupan.


Akhirnya...yang pasti KEPERCAYAAN..berbalik kita pada Pencipta kita...Allah yang Maha Esa
Carilah kebahagiaan diri kita berlandaskan kepercayaan kita pada Dia yang telah menjadikan manusia sebaik2 makhluk di atas muka bumi ini.

**tanpa suntingan idea..apa yg tercatat adalah curahan dr fikiran yang sedang sibuk dengan terlalu banyak persoalan...ada kalanya aku menjadi sangat jammed dgn persoalan2..hanya ini caranya..salurkan melalui hurufkan2 ini..supaya kurang sikit bebanan di kepala...tapi kekadang..semakin banyak yang tercurah semakin sarat otak ini dengan persoalan yang semakin bercambah...i need somebody utk menolongku menguraikan ia?..TAPI siapa?




glitter-graphics.com

Tinggalkan pesanan anda di sini...