Sabtu, 24 Mei 2008

AKTIVITI SEPANJANG MEI...2008


Kebelakangan ini, Lyea memang sibuk..antara aktiviti yang berlaku..

15 Mei. 2008
~ PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH~







Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi pra sekolah.. penganjurnya ialah Pra sekolah...dan para peserta terdiri dari kalangan pelajarnya.. ia bertujuan utk memilih bakat2 muda ini dalam pertandingan peringkat bahagian Limbang yang akan di adakan pada Jun nanti. Alhamdulillah, program ini berjalan lancar. Ibu bapa datang untuk memberi sokongan moral kepada anak masing2..memang meriah...Hadiah di sampaikan oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KK...Guru Besar dtg pada awal pagi utk memberi ucapan dan semasa penutupan dia tak de pulak sebab dia kena hadir mesyurat di pejabat...tapi..Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn jayanya...


16 Mei.2008 ..

~SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH~








Seperti kebiasaaan tarikh keramat ini di sambut di seluruh sekolah. Sambutan di sekolah Lyea kali ini agak berbeza dari tahun2 sudah..bukan beza dari segi aktivitinya, tetapi berbeza sebab ader stage baru..dengan guru2 baru dan tahun ini Lyea menyambutnya bersama baby baru..hehehe...aktivitinyan mcm biasa juga..ada persembahan nyanyian murid, sajak murid..guru2 menyanyi..bersajak dan last sekali pertukaran hadiah di antara guru...suasana sebak bila ada di kalangan guru yg tidak hadir pada pagi itu..Puan Hanifa..Penolong Kanan 1 yang terlantar di hospital kerana kerosakan hati dan ketumbuhan di dalam perut..semoga beliau tetap kuat menghadapi dugaan ini.







22. Mei 2008
~PERLAWANAN BOLA SEPAK PRASEKOLAH~













Ini pun acara tahunan pra sekolah..tujuannya untuk menjalunkan kemesraan di kalangan murid2 dan juga riadhah yang menyihatkan tubuh badan..masa ne lah nak tgk anak2 beraksi di padang...ada yg boleh bekerja sama dlm pasukan dan ada yg tak tahu lagi nak bermain secara berkumpulan..dan yang palaing seronoknya bila anak2 ini belum memahami betul2 arahan wisel...dah keluar padang pun mereka masih gak nak menendang dan megejar bola..sampaikan pengadil terpaksa memegang bola dan membawa masuk semula ke tengah padang. Keseronokkan ini dikongsikan oleh semua ibu bapa yg hadir pada hari tersebut..malah ada seorang Nazir yang dari Putrajaya datang menonton sama perlawanan sehingga ke akhirnya...Lyea ..lupa diri sekejap..apa taknya..bila anak2 kelas Lyea berlari membawa bola ke gawang gol sendiri Lyea pun turut berlari dan terjerit2 macam budak2..kekeke..mujurlah bola tu x masuk..keputusannya...budak2 Lyea yang memenangi perlawanan pada hari tersebut...dan salah seorang murid Lyea (Jacob) terpilih sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak..


23 Mei 2008

~ HARI SUKANEKA GURU~

..bersempena perayaan hari guru..


Untuk aktiviti ini Lyea tidak terlibat memandangkan keadaan Lyea...bukan Lyea jer..ader 4 org lagi guru yg tidak terlibat dgn aktiviti permainan ini disebabkan masalah kesihatan... tapi Lyea sibuk uruskan beberapa dokumen penting ...alhamdulillah..sempat gak nak siapkan kesemua dokumen2 yang Lyea perlukan.. kalau benar itu rezeki Lyea insyaallah...Lyea akan menamatkan tugas di sekolah ini dalam masa terdekat..tapi semua itu masih dlm pertimbangan dan pemikiran Lyea lagi..sayang jugak nak lepaskan peluang keemasan begini...peluang apa??..hehehe..nantilah Lyea ceritakan apa yg Lyea maksudkan ini..bila Lyea dah buat keputusanya nanti..sekarang ne masih dalam proses...doakan yer..Lyea dimurahkan rezeki dan sihat selalu..


24 Mei 2008

~PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK~

**PiC** semasa latihan dan di belakang pentas...Cikgu Robert sempat melelapkan mata sambil memeluk gitarnya sebelum keluar pentas...sebenarnya gementar la tuu..hehehe


Sepanjang minggu 20 hingga 23 Mei...selepas tamat sesi persekolahan 7 pagi hingga 1.10 petang...pada sebelah petangnya iaitu dari pukul 2 hinggalah ke 5 petang....Lyea berada pula di Pusat Kegiatan Guru bersama ahli kumpulan Lyea...Kumpulan Lantera...iaitu kumpulan lagu2 puisi yg terdiri daripada warga pendidik Limbang...berkumpul untuk mengadakan latihan nyanyian lagu2 puisi...walaupun kepenatan..terpaksa juga dihadiri memandangkan persembahan kali ini melibatkan menteri..YAB Haji Awang Tengah..Menteri Muda Sarawak. Pagi tadi dah selesai persembahan...lega..3 lagu..iaitu lagu Buat Anak Dunia(Lagu Ruhil)..Namamu dan Lantera (Lagu ciptaan ahli kumpulan kami)...sebelum keluar pentas tu gementar jugak sbb ader menteri yang duduk betul2 di depan pentas..yelah..dah lama x perform di depan VVIP..mahu 3 kali jugak ke tandas sblm persembahan kumpulan kami..alhamdulillah...persembahan berjalan dgn jayanya dan mendapat tepukan gemuruh dr penonton yg hadir...


25 Mei.2008
~yahuuuuu...DAH CUTI...BOLEH BALIK KAMPUNG
~






2 ulasan:

FerioBiru berkata...

selamat bercuti :d

Rajap berkata...

wah.. mesti best bercuti lama kan cikgu.. baby pun best.. dpt jalan2... tgk suasana kampung..


glitter-graphics.com

Tinggalkan pesanan anda di sini...