Sabtu, 28 Ogos 2010

sedikit tentang RaHSIA BUNGA...

Bunga...golongan wanita biasanya penggemar no 1 bunga...tapi tidak mustahil jika lelaki pun ada yang menyukai bunga..tapi ticer bukan nak menulis pasal siapa suka bunga atau tidak. Ticer cuma ingin berkongsi tentang manfaat dan kebaikan bunga.

Bunga mempunyai tenaga dan kekuatannya, pada segelintir orang, ritual mandi bunga mungkin merupakan kepercayaan karut. Tapi sebenarnya bukan hanya masyarakat melayu yg mempunyai ritual mandi bunga, di barat juga terdapat amalan ritual yang sama yg dikenali sebagai "Bach Flower Remedies". Ada yang berpendapat, terapi bunga ini sesuai untuk mengubati penyakit yang bersifar emosional seperti putus cinta..kononnyalah..Untuk setiap masalah yang dihidapi perlu menggunakan bunga dengan warna yang betul utk terapi ini..

kepala : ..bunga-bunga berwarna biru tua hingga ungu..
Leher : .. Bunga berwarna biru muda
Dada(pernafasan) : Bunga hijau
Perut(pencernaan) : bunga kuning
Bawah perut : bunga berwarna jingga atau oren
Kaki : bunga berwarna merah.

Bunga putih pula boleh digunakan untuk beberapa masalah sekaligus. Ini kerana warna putih sebenarnya adalah gabungan beberapa warna yang lain..

Sejauh mana keberkesanannya...bergantung pada kepercayaan dan penerimaan emosi.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:


glitter-graphics.com

Tinggalkan pesanan anda di sini...