~ Happiness means different things to different people. It is not, however, a face to be put on, or a pose. Happiness in its fullness is a state of being. There is neither a single key to happiness nor only one door. The rhythms and rhymes of life lead you to the thresholds of many doors. Choose the key that fits most comfortably in your hand.Then try it again ang again until you can unlock your own happiness~
Sabtu, 30 Ogos 2008
PERTANDINGAN HERO & DEWI PRA SEKOLAH 2008
Selasa, 26 Ogos 2008
Kesibukkan & aksi Sasha....heheheh..
~Princess Sasha~
Jumaat, 22 Ogos 2008
RINDU NAK BALIK KAMPUNG....
Isnin, 18 Ogos 2008
Cuti sekolah Ticer..
Ahad, 10 Ogos 2008
10 OGOS 2008
Hari ini ticer akan bertolak ke Miri bersama hubby dan Sasha..kata hubby..nak celebrate besday ticer kat Miri...hehehe...pstttt....nak gie McDonald la tuhh....hikhikhik...suker..suker...suker sangat...dah 3 minggu ngidam nak pergi McD..
Semalam...pada 9 Ogos...telah berlangsung KARNIVAL PRA SEKOLAH PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG. Ticer bawak anak2 pra ticer yang dah menang Action Song minggu lepas utk bertanding semula. Kali ini lawan adalah dr Daerah Lawas...dengar khabar, budak2 sana pun hebat2 juga persembahan mereka...
Petang Jumaat ticer ke dewan utk pastikan adernyer monitor speaker..dan ticer sdr yg buat sound check bg music ticer..wakakaka...x pernah di buat oleh guru2 lain..handle sound sistem sendiri beb!..terkebil2 mata technician tu melihat ticer kontrol semua peralatannyer...hikhikhik..kacang jerr...ticer kan pernah kerja kat studio selama setahun..hahaha..
Ini pulak pertandingan bercerita...tapi ticer x sempat nak amik semua pserta bercerita..yang sempat tiga ne jelah....sibukla katakan..hehehe
Pic utk sajak dan bercerita bahasa inggeris memang ticer dah x sempat amik sebab masa tu kumpulan ticer dah dipanggil utk berada di belakang pentas.
Inilah aksi anak2 didik ticer semasa di atas pentas...dan membolehkan mereka dipilih oleh panel hakim untuk menjadi JOHAN LAGIIIII!!!....horayyyyyy...menang lagi..yeaa..yeahhh...
KAMI JOHAN LAGI!!!!!
Rabu, 6 Ogos 2008
MENANGIS TAK BERSEBAB???? ATAU TAK TAHU SEBAB???
Ahad, 3 Ogos 2008
Ba Kelalan Sarawak
Sedikit info menarik tentang Ba'Kelalan
Petikan : Berita Harian / 12.06.08 /Hafizah Iszahanid
Kampung Buduk Nur, Ba'Kelalan
Ladang epal milik Pak Tagal terletak di hujung landasan kapal terbang. Justeru awal-awal lagi kami sudah diingatkan perlu memanjat tangga untuk sampai ke sana. Ba Kelalan memang terkenal dengan pelancongan berasaskan alam semula jadi dan cabaran. Justeru, memanjat tangga bukanlah terlalu sukar. Apatah lagi wartawan yang mengikuti rombongan anjuran Tourism Malaysia dan Borneo Jungle Safari itu ketika itu sudah bermandi peluh dan hujan dalam aktiviti merentas hutan sebelum ke ladang epal. Selain kedudukan ladang epal yang sedikit tinggi dari kawasan lain di Buduk Nur, ia juga turut bersempadan dengan sawah padi, antara punca rezeki utama penduduk di sini.
Dari jauh kelihatan pokok epal ditanam berbaris dan tumbuh dengan ketinggian di paras bahu lelaki dewasa. Bagaimanapun, mungkin waktu kami tiba di Ba Kelalan bukanlah masa yang baik. Selain buah epal yang sudah hampir habis dipetik dari ladang atas faktor kualiti dan tujuan komersial, hujan juga turun renyai. Mujur juga hujan tidak lebat membolehkan kami ‘berpesta epal’. Ada kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ. Manakala ada empat jenis epal dikeluarkan, epal merah yang dikenali sebagai ‘Rome Beauty’ epal kuning kehijauan ‘Mana Lagi’, epal hijau ‘Granny Smith’ dan sejenis lagi epal merah dikenali sebagai ‘Anna’. Antara empat jenis itu, Rome Beauty boleh dikatakan agak lasak. Walaupun digolongkan sebagai epal merah, ia tidak merah sepenuhnya tetapi bercampur hijau. Apatah lagi saiznya lebih besar berbanding yang lain, ia lebih menjadi pilihan di kalangan pelancong yang membelinya sebagai buah tangan. Walaupun sedikit masam, tetapi Rome Beauty rangup berbanding Anna sejenis lagi epal merah yang bersaiz kecil dan sangat lembut seperti sutera. Anna bagaimanapun dipasarkan di bandar terdekat saja kerana ia mudah lebam jika dibiarkan terlalu lama selepas dipetik. Manakala epal jenis Granny Smith adalah kacukan benih dari Australia yang dibawa balik bakanya oleh seorang daripada lima anak Pak Tagal, Mendiang Dr Judson Sakai Tagal, bekas Menteri Muda Pembangunan, Infrastuktur dan Komunikasi Sarawak yang terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2004.
Antara empat jenis yang ditanam, epal Mana Lagi cukup menarik perhatian. Kata Pak Tagal, benih asal Mana Lagi dibawa dari Batu Malang di Indonesia sebelum dikacukkan dengan benih epal lain. Warnanya kuning kehijauan dan baunya harum jika sudah cukup tua. Kata Pak Tagal, ada cerita tersendiri di balik nama Mana Lagi. Kononnya, di Batu Malang seorang pelancong menyukai keenakan dan kerapuhan epal Mana Lagi dan bertanya mana lagi? mana lagi? dan akhirnya nama itu melekat. Satu ketika dulu, ladang itu ditanam dengan lapan jenis epal. Bagaimanapun, atas faktor kualiti, ia dihadkan kepada empat jenis saja. “Epal yang ditanam sekarang yang terbaik dari lapan jenis. Dulu kami berhadapan dengan masalah buah epal yang cepat buruk dan lebam dan sukar dipasarkan,” katanya. Epal Ba Kelalan kata Pak Tagal, akan dipetik dua kali setahun iaitu Mac dan Jun. Memetik epal bukan hanya kerja keluarga dan pekerja saja, tetapi bagaikan pesta untuk seluruh penduduk Kampung Buduk Nur. Malah sesekali acara itu disertai pelancong tempatan dan turut menjadi tumpuan segelintir pelancong Eropah.
Biasanya sepohon pokok epal mengeluarkan hampir 300 biji. Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal. Bagaimanapun jumlah itu tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan. Selain dijual di sekitar kampung, epal Ba Kelalan turut dijual di Lawas, Limbang dan Kota Kinabalu. Kata Pak Tagal, jumlah itu belum ditolak epal yang kurang kualitinya dari segi saiz dan bentuk Epal begitu tidak akan dipasarkan sebaliknya dijadikan jus dan jem. Menyedari Buduk Nur semakin dikenali sebagai lokasi tanaman epal di Malaysia, ia menerima makin ramai pelancong setiap tahun. Justeru bagi memastikan epal sentiasa ada di Ba Kelalan dan pelancong boleh datang dan memetiknya di luar musim, Pak Tagal dan Mutang sedang berusaha untuk menambahkan keluasan ladang.
Begitupun usaha itu kata Mutang, mungkin sukar kerana masalah kekurangan pekerja. Kebanyakan anak muda di Buduk Nur lebih berminat bekerja sendiri atau berhijrah ke bandar berhampiran seperti Lawas selain bekerja di Brunei dan Kuala Lumpur. Selain itu, kebanyakan warga Ba Kelalan lebih tertumpu pada penanaman padi. Beras di Ba Kelalan adalah beras berkualiti yang cukup terkenal dengan nama Beras Bario. Ketika ini Pak Tagal mengusahakan ladang epal dengan bantuan Mutang dan beberapa pekerja mahir yang dibawa dari Indonesia. “Untuk mendapatkan hasil yang baik, masa penanaman epal itu penting. Penghasilan epal juga bergantung pada cuaca.
Walaupun epal mungkin hanya boleh ditanam di kawasan suhu tertentu tetapi ia masih memerlukan matahari. Jika kerap hujan, sukar untuk pokok menghasilkan banyak buah. Tetapi kalau hujan sedikit, pokok dapat dipangkas dan buah lebih banyak,” katanya. Kata Pak Tagal, kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja. Info Jika anda berminat menyertai Pesta Epal Ba Kelalan Jun ini, Penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan twin otter terus dari Miri ke Ba Kelalan setiap hari Rabu manakala pakej percutian Pesta Epal Ba Kelalan ada disediakan oleh Borneo Jungle Safari di talian 03-22604981 (Kuala Lumpur) atau 08-5435736/08-419737 (Miri). Benih Mana Lagi dibawa dari Indonesia SEJARAH tanaman epal di Ba kelalan bermula ketika Andrew Balang Paran, 71, menyertai majlis keagamaan di Batu Malang, Indonesia pada 1974. Kata Andrew, dia teruja melihat kebanyakan penduduk di Batu Malang ketika itu menanam pokok epal di tepi rumah mereka seperti menanam pokok betik. “Ia kelihatan sangat mudah dan pokok epal itu sangat subur,” katanya.
Terlintas di hati Andrew untuk membawa balik benih epal berkenaan dan menanamnya di kampung halamannya, Buduk Nur, Ba Kelalan, Lawas kerana cuacanya yang hampir sama. Andrew tidak perlu membeli benih epal Mana Lagi yang dibawanya dari Batu Malang. Sebaliknya ia diberi percuma oleh rakan-rakannya di Batu Malang. Selepas mendapat kelulusan Jabatan Pertanian Indonesia, Andrew membawa balik 20 anak benih epal menerusi Singapura sebelum tiba di Kuching dan akhirnya sampai di Buduk Nur. “Perjalanannya sangat jauh tetapi dalam hati saya sentiasa ingin mencuba menanam epal dan melihat hasilnya,” katanya yang ditemui ketika Pesta Epal Ba Kelalan, baru-baru ini. Andrew berkata, ketika di lapangan terbang, seorang pegawai kastam dengan sinis bertanya: Bolehkah pokok epal di tanam di sini?
Beliau ketika itu hanya menjawab akan mencubanya. Setahun selepas ditanam, walaupun pokok epal itu tumbuh subur dan membesar, ia tidak berbuah. “Saya hampir putus asa dan meminta pertolongan daripada Jabatan Pertanian,” katanya. Ketika itu Jabatan Pertanian banyak memberi bantuan seperti baja dan mengacukkannya dengan epal jenis lain. Bagaimanapun, tiga tahun menanti pokok epalnya masih tidak berbuah. Andrew akhirnya putus asa dan tidak mahu menjaganya. Deretan pokok epal yang hidup subur tetapi tidak berbuah itu diserahkan pada abangnya Tagal Paran pada 1977. “Waktu itu saya sudah tidak mahu jaga lagi dan serahkan pada abang. Saya katakan padanya buatlah apa saja dengan pokok itu. Kalau pokok epal itu berbuah di bawah jagaannya, itu rezeki dialah,” katanya. Di tangan abangnya Tagal Paran, kebun epal yang asalnya hanya ditanam dengan 20 batang pokok itu diluaskan. Banyak baka epal dari luar negara selain Indonesia dibawa masuk. Malah, Andrew dan mendiang anak saudaranya, Datuk Dr Judson Sakai Tagal turut ke Australia dan Indonesia untuk membeli benih pokok epal. Setahun selepas diserahkan kepada abangnya, pokok epal itu mula berputik dan berbuah. Andrew menyifatkan dirinya masih bertuah walaupun pokok epal itu bukan lagi di bawah jagaannya tetapi dia masih berpeluang melihat ladang itu berkembang dan hari ini menjadi ikon pelancongan di Ba Kelalan.
Info Epal Ba Kelalan*Ladang epal Ba Kelalan terletak di Kampung Buduk Nur, Lawas, Sarawak*Ladang berkeluasan 10 hektar itu dimiliki oleh Tagal Paran.*Suhu di Buduk Nur adalah, 25°C hingga 32°C (pada siang hari) manakala malam 15°C.*Terdapat kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ.*Ada empat jenis epal yang ditanam, 'Rome Beauty', 'Mana Lagi', 'Granny Smith' dan 'Anna'.*Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal*Kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja.
Sabtu, 2 Ogos 2008
LEGA...letih....RINDUUUUUU!!!!!!
LEGA!!!!!!!!!~